Wednesday, October 13, 2010

Orang putih kata : "it is better to have loved & lost than never to have loved before", tapi gua kata "F*CK!"

Pergi. Aku dah pergi dari sini.
Tiga tahun. Finally.
Aku baru boleh menghembus nafas tanda lega.

Aku tak mencari.
Aku tak mencari.
Sungguh! Aku tak mencari!

Dia datang (tanpa kompang)

Aku ingat. Rasa perit yang dulu kembali.
Salah aku sebab suka dekat kau.
Salah kau buat aku suka dekat kau.
Salah kita sebab cakap suka sama suka.
Salah kau tarik tangan aku malam tu sebab kau tak tahu aku akan rindu tangan tu setiap malam mulai hari tu.

Aku tak kuat.
Aku tak tau apa nak buat.
Aku cakap aku suka dekat kau.
Sebab itu yang aku rasa.
Tapi aku takut.
Aku takut aku tak kuat kalau kau cakap kau tak suka aku.
Tapi aku memang degil. Dari dulu.
Kalau aku suka, aku cakap aku suka.
Kalau aku suka, aku tak peduli apa orang nak kata.
Kalau aku dah suka, aku akan berusaha.
Aku degil.

Dulu awak selalu cakap awak rindukan saya.
Dulu awak suruh kita bahasakan saya "sayang", saya gelak besar.
Awak takde sebelah saya masa tu. Kalau awak ada mesti awak perasan muka saya jadi merah.
Hati saya semacam berdegup.
Awak mungkin tak tau, awak buat saya happy sangat.
Bukan semuanya sebab atas ni.
Yang penting, saya happy sebab orang yang saya suka, suka saya jugak.

Sekarang.
Sekarang awak masih rasakan yang sama?
Saya takut. Awak semacam dah berubah.

Kenapa?
Bagi tau saya.
Saya boleh berubah kalau saya salah.

Pasal saya awak tak perlu tanya.
Sayang saya masih dalam.
Tak semudah itu saya akan lupa, tak semudah itu saya akan berhenti menyayangi.
Saya tak tahu macam mana nak jadi girlfriend yang baik.
Awak boyfriend pertama saya.
Haha. Kalut dan kolot. Ye, memang.
Tapi itulah hakikat.


Aku bukan nakkan SMS & call setiap satu jam, cukup sekadar kau bagi tau keadaan diri kau, aktiviti hari ni, supaya aku dapat rasa macam aku ni dalam part of your life walaupun kita berjauhan.
Aku bukan marah kalau kau keluar dengan kawan-kawan kau sampai pukul 3 pagi, aku pun suka lepak mamak dengan kawan aku sampai larut malam. Aku pun bukan sengaja nak call or SMS kau masa kau tengah lepak-lepak dengan kawan-kawan, tapi aku tak tau.
Kau tak bagi tau aku : kau dekat mana, buat apa.
Aku serba salah.
Aku rindu. Aku risau. Aku takut mengganggu.
Aku tahan diri. Aku tunggu kau contact, takut asyik aku yang contact, kau rasa aku ni semak.

Aku tunggu.
Aku tunggu..
Aku tunggu...

Aku mengalah. Aku takut kalau kau ingat yang aku dah tak sayang kau kalau aku tak contact kau. Aku takut macam-macam. Aku fikir macam-macam.
Aku mengalah.

Saya rindu awak.
Saya rindu kita.
Kenapa ni?
Jangan macam ni please,
jangan berdiam macam ni.

4 comments:

  1. weyhhhhh! awat panjang bebenar. nanti i balas balik. kita kembali mermartabatkan bahasa jiwa bangsa. hee

    ReplyDelete
  2. panjang kann? haha. u balas tau jangan tak balas. ai tunggu.

    jom la lepas lu habis degree kita sambung ijazah sarjana muda dalam penulisan bahasa melayu. hahahha.. gampangggg!

    en lim must be proud of us kan? hahaha. tibe tibe

    ReplyDelete
  3. nanti gua reply laa. tapi not now. lek dlu..

    ReplyDelete
  4. hahaha. takpe takpe. rilek rilek la. kreativiti tak boleh dipaksa. heh

    ReplyDelete

XOXOXO